Fade to Black; Hidup kesamaran menuju kegelapan.
Fade to black merupakan satu lagi naskah kesinambungan idelogi Metallica; seperti yang saya katakan sebelum ini, hanya orang Islam yang merasai dan memahaminya.
Fade to black menceritakan perasaan seseorang yang lesu dan tidak berdaya mengarungi asakan sistem kehidupan yang sangat tidak adil. Tiada kegembiraan dalam diri. Walaupun aku tahu dari mana datangnya bencana dan bala ini, aku tidak mampu bertahan apatah lagi melawan. Sistem moden arkitek Dajjal telah meranapkan erti sebuah kehidupan yang hakiki. Dengan izin Allah, sistem ini merupakan ujian buat umat manusia akhir zaman. Suasana suram 'mendung kelabu' ini jika disalah pedoman dan pegangan pabila melaluinya, ia menghala manusia ke arah kegelapan.
Fade to Black | Mendung kelabu menuju kegelapan.
Tafsir lirik oleh Del Matraloka
L I R I K | T A F S I R
Life it seem to fade away | Hidupku semakin hanyut
Drifting further everyday | Makin lama makin tergelincir
Getting lost within myself | Aku sesat dalam diri
Nothing matters no one else | Tiada lagi harapan
I have lost the will to live | Aku sudah tiada semangat dalam hidup
Simply nothing more to give | Tiada apa yang boleh diberi
There is nothing more for me | Tiada apa lagi untukku
Need the end to set me free | Mati sahaja yang boleh membebaskanku
Things not what they used to be | Kebahagian hakiki tiada lagi
Missing one inside of me | Tiada lagi sinar dalam diri
Deathly loss this can't be real | Aku macam tak percaya
Cannot stand this hell I feel | Aku tak tahan dengan neraka hidup ini
Emptiness is filling me | Diriku kekosongan
To the point of agony | Sehingga aku menderita
Growing darkness taking dawn | Dajjal merampas erti kehidupan
I was me but now, he's gone | Kehidupan hakiki kini tiada lagi.
No one but me can save myself, but its too late | Kekuatan sebenarnya ada dalam diri, tetapi ia sudah terlambat
Now I can't think, think why I should even try | Aku dah tak mampu berfikir untuk terus mencuba
Yesterday seems as though it never existed | Kebahagian hakiki itu bagai sudah pupus (tiada harapan)
Death greets me warm, now I will just say goodbye | Aku tak mampu buat apa-apa sehingga ku mati.
Apakah pengajaran dari bait lirik ini. Setelah tafsir, apakah takwil lagu ini. Kepada siapakah bait ini diaplikasi. Saya kategorikan aplikasi penghayatan bait lagu ini kepada 2; Pertama bagi Non-Muslim dan Kedua bagi seorang Muslimin.
1. Penghayatan bagi Non-Muslim
Bagi Non-Muslim, terutamanya Nasrani, hampir keseluruhan umatnya gagal memahami apa yang dilalui dan terjadi. Hidupnya sentiasa terkeliru. Dia boleh merasakan sesuatu ketidak-adilan berjadi tetapi tidak tahu di mana puncanya. Bukan itu sahaja, sebelum dari itu, dia sudah dimomokkan bahawa 'kebenaran yang sebenar' itu adalah kejahatan. Kebenaran yang dimaksudkan adalah Islam. Islam dipotretkan sebagai salah dan jahat. Islam difitnah. Oleh itu, jauh di sudut hati, Islam bukan jawapan bagi mereka, tetapi masih tercari-cari di mana kebenarannya. yang menyedihkan, mereka berpandukan kepada kepercayaannya yang juga sudah dicemar atau difitnah, iaitu agama Nasrani.
Namun, adalah sekumpulan kecil dari mereka yang diberi hidayah, melawan arus kepercayaan dan seterusnya memperoleh jawapan. Setelah mengetahui, maka sedarlah bahawa kejahatan yang mereka lalui adalah sangat hebat, licik dan sudah berzaman. Akan tetapi ada kepuasan yang dinikmati iaitu mengenali Sang Pencipta. Deangn hanya mengenali Allah, maka seluruh seksa kehidupan dunia tidak dirasai, kerana mereka mengimpikan kemenangan abadi pabila kembali kepada Sang Raja.