Unforgiven Metallica : Sistem bermula sejurus lahir.

Selain muzik yang hebat dan genius, Metallica menggunakan kehebatan dan kepakaran dengan memberitahu dunia akan apa yang terjadi. Bukan pesanan yang remeh-temeh dalam bait liriknya. Ia merupakan pesanan-pesanan yang nyata dan realistik. Akan tetapi, rata2 pengikut2nya tidak mengerti apa yang disampaikan. Pengikut2nya hanya berkhayal dan menghanggukkan kepala tetapi bukan tanda faham.

Unforgiven merupakan sebuah lagu lagenda dan Masterpiece. Ia menjelaskan sistem hidup yang dilalui ketika ini yang mana asuhannya pada manusia adalah sejurus dilahirkan lagi. Dan ketika bayi lagi, manusia dididik agar menerima, memahami, mengamalkan dan mempercayai sistem palsu Dajjal ini. Sistem ini amat teratur, sofistikated dan kejam.

Ambillah pesanan ini untuk kita sedar. Cuba hayati lirik bait lagu Unforgiven Metallica. Sama seperti lagu One, setelah penulis menyedari hal kebenaran, maka hendaklah dia melakukan perubahan. Akan tetapi perubahan itu merupakan sebuah hal yang besar dan mustahil. Dia berusaha sehingga usianya dimamah tua. Mungkin tiada siapa yang mempercayainya. Atau tindakannya tidak popular. Hal ini jelas di dalam bait What I've felt, what I've known; Never shined through in what I've shown. Apa yang ku rasa dan apa yang ku tahu. Sukar untukku sampaikan walaupun telah aku tunjuk.

He dalam bait lagu ini adalah merujuk kepada Dajjal. Tafsiran kepada sistem kemusnahan yang diceritakan dan punca yang merancang ke semua ini menunjukkan He sebagai Dajjal.

Bayangkan sekiranya orang ini berbangsa Nasrani. Adakah munasabah bagi dirinya seorang Nasrani, dan dikelilingi Nasrani. Apakah tindakan dan jawapan yang sebenar.

Hanya Islam jawapannya.

L I R I K  | T A F S I R

New blood joins this earth | Pabila setiap generasi baru lahir..

And quickly he's subdued | Mudah bagi Dajjal pengaruhi mereka..

Through constant pain disgrace | Melalui sistem yang menyakitkan dan mengaibkan

The young boy learns their rules | Anak2 muda ini perlu patuh sistem itu

With time the child draws in | Sebaik sahaja anak2 ini dilahirkan

This whipping boy done wrong | Mereka perlu diajar dengan sangat tegas

Deprived of all his thoughts | Sekat dan hadkan pemikiran mereka

The young man struggles on | Cabaran perit bagi anak2 muda

and on he's known | Dajjal awasi setiap langkah anak2 ini..

A vow unto his own | Aku bersumpah.dengan diri sendiri.

That never from this day | Mulai hari ini, mereka (Dajjal) tidak akan..

His will they'll take away | Ambil semua keazaman.dan kehendakku

What I've felt; What I've known | Apa yang aku rasa dan tahu (kebenaran)

Never shined through in what I've shown | Takkan tersebar walaupun aku dah beritahu..

Never be; Never see | Takkan ada dan takkan dilihat (kebenaran)

Won't see what might have been | Takkan dilihat perubahan berlaku..

What I've felt; What I've known | Apa yang aku rasa dan tahu (kebenaran)

Never shined through in what I've shown | Takkan tersebar walaupun aku dah beritahu..

Never free; Never me | Takkan bebas, tak mampu aku..

So I dub thee unforgiven | Kau (Dajjal) memang Sang Pendusta / celaka.

They dedicate their lives | Mereka menyerahkan sepanjang umur..

To running all of His | Untuk mengamalkan kehidupan hakiki

He tries to please them all | Dia mencuba untuk meyakinkan semua

This bitter man he is | Dia cuba sedaya upaya

Throughout his life the same | Di sepanjang kehidupannya, seharian

He's battled constantly | Dia berjuang tanpa putus asa

This fight he cannot win | Perjuangan yang dia takkan menang

A tired man they see no longer cares | Sehingga dia penat dan tidak peduli

The old man then prepares | Dia akhirnya tidak larat.. (sudah tua)

To die regretfully | Bersedia untuk mati dengan penyesalan (hajat tak kesampaian lihat kebenaran)

That old man here is me | Dia itu aku.. 


Popular Posts